Nuffnang Add

Thursday, December 2, 2010

Cover Album Project.....1st Trial....

Bulan lepas (November) aku telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang Official Photographer bagi Project Cover Album bagi satu Local Indi Band....name band nih Shh...Diam! huhuhuhu.....semasa proses photoshoot mmg best....aku mendapat kerjasama yang baik dari band itu dan semua photographer yang terlibat...cuma ada 1 je masalah...ble plak aku lupa name ahli2 dalam band tuh...alamak camne la leh jd camni...masalah lupa nama nih mmg amat la membuatkan aku rase x puas hati...bende lain le ingat tp kalau bab nama nih...adeh mmg problem....huhuhuh....sib baik la ade kawan2 photographer nih...kalau x smp kesudah aku xkan ingat name ahli2 band tuh.....sory ya...

Monday, November 15, 2010

Malam Puisi Riong

Last 12/11/2011 Jumaat, saje je lepak2 with few friends kat Laman Santai, Istana Budaya....Ada event Malam Puisi Riong. Datang sane sbb nak amik gambar artis je....tp akibat terlewat aku sempat amik gamba Ana Rafali ke....ade kerugian....hehehehehe...

Teater Bangsawan - Pancha Delima

Date : 12 - 14 November 2010
Time : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Venue : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur

Kisah berlaku di dalam kerajaan Kukila Kencana, Permaisuri Cemara Jingga berkahwin dengan Sultan Kukila Kencana dengan tujuan mahu merampas kerajaan itu serta seluruh kekayaannya. Permaisuri memiliki batu hikmat bernama Telaga Sabda yang boleh menyumpah manusia lain. Jadi Permaisuri menggunakan kesaktian ini untuk menyumpah sesiapa sahaja yang menentangnya termasuklah putera raja itu sendiri iaitu Suria Kencana yang disumpah menjd ular di waktu siang dan malam menjadi manusia. Selepas disumpah, Suria Kencana dan pengikutnya dibuang jauh ke dalam hutan.

Suria Kencana mendapat tahu bahawa kesaktian Telaga Sabda hanya dapat ditewaskan dengan kalung sakti Pancha Delima yang dimiliki oleh seorang gadis kampung bernama Teratai. Lalu Suria Kencana berusaha mencari Teratai untuk mendapatkan kembali kerajaannya.

Tersebut kisah Teratai 3 beradik tanpa ibu yang tinggal bersama ayah mereka yang sudah tua. Kehidupan mereka miskin tetapi dua lagi kakak Teratai iaitu Anggerik dan Tanjung sering menganiaya Teratai. Suria kencana berjaya membuat helah supaya dapat bertemu dengan Teratai, iaitu dengan cara mematuk ayah Teratai sebagai ular dan menyelamatkannya sebagai manusia. Pertemuan ini seterusnya menimbulkan rasa cinta di antara kedua-dua mereka, tetapi teratai sangat hairan kerana Suria Kencana hanya mahu berjumpa dengannya diwaktu malam sahaja.

Akhirnya Suria Kencana membuka rahsia mengenai sumpahannya sebagai ular di siang hari, lalu membuat pengakuan kepada Teratai akan tujuan sebenarnya mendapatkan Pancha Delima itu bagi menumpaskan kejahatan Permaisuri Cemara Jingga. Teratai Berjanji akan membantunya tetapi perlu pulang ke rumah dulu bagi mengambil rantai Pancha Delima.

Sampai saj di rumah, Teratai yang lurus bendul ini menceritakan semuanya kepada Anggerik dan Tanjung. Malangnya Anggerik dan Tanjung merampas kalung Pancha Delima dan membawa lari ke Istana Permaisuri Cemara Jingga dan menyerahkannya kepada Permaisuri dengan harapan mereka akan mendapat ganjaran. Sebaliknya Permaisuri mengambil kalung itu dan membunuh mereka berdua.

Teratai kembali kepada Suria Kencana dan memberitahu hal tersebut. Suria Kencana dan seluruh pengikutnya berkejar pulang ke Istana kerana bimbang Permaisuri akan memusnahkan Pancha Delima.

Suria Kencana tiba di Istana tepat pada masanya, rancangan Permaisuri untuk memusnahkan kalung Pancha Delima berjaya dipatahkan. Pertempuran berlaku dan akhirnya kalung Pancha Delima berjaya dirampas oleh Teratai dan dengannya Telaga Sabda telah dimusnahkan. Maka berakhirlah kesaktian Permaisuri Cemara Jingga dan Hancurlah dia bersama seluruh pengikutnya.

Suria Kencana membebaskan Ayahandanya dan berjaya memperoleh kembali kerajaannya…

Tammat……

Sedikit Gambar utk tatapan semasa aku menonton teater nih...






Thursday, October 28, 2010

Outing - Kelab Fotografi Facebook Malaysia

Tema : Portraiture Outing
Venue : Taman Tasik Cyberjaya
Date : Sabtu 23/10/2010

Merupakan Outing yang ke-3 yang telah dianjurkan oleh Kelab Fotografi Malaysia. Hari yang enjoy dan easy going...just point n shoot...heheheh...so dapat la aku kenal2 ngan geng2 baru n jmp ngan membe lame. So antara gambar yang berjaya aku ambil

















Heheheh....ok x ye gambar2 nih....?

Tuesday, October 19, 2010

Layan Low lite & Night Photography @Sunway

18/10/2010 - Isnin mlm selasa yang lalu.....my fren n I saje2 wat plan layan low light Photography kat area Sunway.....Untuk low light nih camera hanya bergantung kepada available light yang ada disekeliling untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik.....Untuk Night Photography lak akan menggunakan flash untuk amik gambar.

Gear yang diperlukan ialah....
1) Camera (DSLR paling sesuai)
2) Tripod - Penting nih kalau tak gambar takkan menjadi. (Low Light)
3) Flash - Night Photography

Antara hasil gambar yang berjaya dihasilkan :-







Best gak layan low light nih.....huhuhuh....

Wednesday, October 13, 2010

14.10.2010......Wujud lah Blog Rasmi ku.......

Hari dan tika ini merupakan hari dan detik bersejarah dalam hidup aku....aku dah ade blog rasmi....tp ade satu je masalah...ape aku nak letak kat blog aku nih...hmmmm....


Aku rase maybe aku le start ngan menceritakan tentang hobi yang agak baru bagi ku...iaitu photography....



DSLR yang pertama merupakan dari jenama Sony model A230....Aku beli pada bulan April 2010...DSLR yang sangat basic dan termurah...huhuhuh...asalnye just utk suke2 je amik gamba...skali stelah mula diracun ngan gamba2 yang mantap2 aku pun mula la membeli accessory2 tambahan utk kamera nih...hehehe...so mase aku berada pada tahap tuh...begini la hasil gambar yang aku perolehi....

Simple dan biase je


Dalam masa yang sama aku pun blaja la cara2 nak edit gamba...menggunakan Adobe Lightroom dan mula la membuat simple editing dari segi tone warna agar subjek nampak lebih menonjol dan hasilnya :-

Added Effect from Lightroom

Nih la dia antara hasil tangan aku semasa aku memula berjinak2 ngan dunia DSLR nih....ader lagi nak cite...tp dah kira masuk ke chapter yang lain lak...chapter meng"upgrade" body lak....huhuhuhuh.....