Nuffnang Add

Showing posts with label Official Event. Show all posts
Showing posts with label Official Event. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Glamour Stailista Competition

In this event i won the grand price...for Best Photographer










Sunday, May 22, 2011

Pertandingan Fotografi Potret Berkonsep.....

Kami di PK Photographica ingin menganjurkan 1 pertandingan Fotografi Potret Berkonsep.

Sessi Pertama
Tema : Pop Culture
Tarikh : 19 Jun 2011
Masa : 9.00pagi – 12.00tghari
Lokasi : Taman Tasik Perdana
Tempat berkumpul : Rumah Sampan dan kawasan sekitarnya.
*Kepada MUA dan Talent, sila datang awal untuk sessi make-up.

There can be only 1 winner dan hadiahnya berupakan
1) Wang tunai sebanyak RM300 dan
2) Penginapan 2hari 1Mlm di Palace Of The Golden Horses*
• Executive Suite atau
• 2 Deluxe Room
*Bergantung pada terma dan syarat
*Para pemenang akan terdiri daripada Photographer, Mua dan Talent

Jangan lepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat anda….Dengan hadiah yang menarik kami pasti anda tidak akan menyesal….

Syarat-syarat Penyertaan:-
1. Terbuka kepada semua Photographer, Make-Up Artis (MUA) / Jurusolek, Talent/Model (Pihak Penganjur adalah terkecuali).
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun dan keatas
4. Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak :-
i. Photographer = RM20
ii. MUA = RM20
iii. Talent = RM20
5. Cara pembayaran Maybank2u/ATM : 1141 0601 7481 Mohd Termizi Mohd Khairudin
6. Sila buat pembayaran sebelum atau pada : 12 Jun 2011
7. Selepas membuat pembayaran sila PM kepada Abam Mizie (http://www.facebook.com/abam.mizi) :-
i. Nama Penuh dan nombor kad pengenalan
ii. Photographer / MUA / Talent
iii. Nombor rujukan Slip Bank
iv. Tarikh dan masa transaksi
v. No. HP dan e-mail
8. Refund, sekiranya peserta menarik diri sebelum 15 Jun 2011
10. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaja dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
11. Setiap peserta boleh menghantar gambar semaksimumnya 3 keping yang berbeza dan postkan gambar-gambar tersebut di wall PK Photographica (http://www.facebook.com/PK.Photographica)
12. Pada setiap gambar mestilah disertakan dengan NAMA PENUH Photographer, MUA dan Talent.
13. Tarikh tutup penyertaan (Upload gambar di page PK Photographica) adalah pada 26 Jun 2011
14. Sebarang perubahan itu adalah hak penganjur namun begitu para peserta akan dimaklumkan serta-merta.


Contoh style pop culture.....

Tuesday, April 12, 2011

Outing Bertemakan Pembunuhan

Event : Outing PK Photographica
Tema : Pembunuhan
Talent : Chinta One-da
MUA : Chinta One-da
Vanue : Abandon Building (Glenmarie)
Photographer : Abam Mizie & PK Crew
















Sunday, March 13, 2011

PK Photographica & One Nation Emcees

Event : PK Photographica & One Nation Emcees


MUA : Munira Amir (Meera)


Vanue : Abandon Building (Glenmarie)


Photographer : Abam Mizie & PK Crew



Thursday, December 2, 2010

Cover Album Project.....1st Trial....

Bulan lepas (November) aku telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang Official Photographer bagi Project Cover Album bagi satu Local Indi Band....name band nih Shh...Diam! huhuhuhu.....semasa proses photoshoot mmg best....aku mendapat kerjasama yang baik dari band itu dan semua photographer yang terlibat...cuma ada 1 je masalah...ble plak aku lupa name ahli2 dalam band tuh...alamak camne la leh jd camni...masalah lupa nama nih mmg amat la membuatkan aku rase x puas hati...bende lain le ingat tp kalau bab nama nih...adeh mmg problem....huhuhuh....sib baik la ade kawan2 photographer nih...kalau x smp kesudah aku xkan ingat name ahli2 band tuh.....sory ya...

Monday, November 15, 2010

Teater Bangsawan - Pancha Delima

Date : 12 - 14 November 2010
Time : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Venue : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur

Kisah berlaku di dalam kerajaan Kukila Kencana, Permaisuri Cemara Jingga berkahwin dengan Sultan Kukila Kencana dengan tujuan mahu merampas kerajaan itu serta seluruh kekayaannya. Permaisuri memiliki batu hikmat bernama Telaga Sabda yang boleh menyumpah manusia lain. Jadi Permaisuri menggunakan kesaktian ini untuk menyumpah sesiapa sahaja yang menentangnya termasuklah putera raja itu sendiri iaitu Suria Kencana yang disumpah menjd ular di waktu siang dan malam menjadi manusia. Selepas disumpah, Suria Kencana dan pengikutnya dibuang jauh ke dalam hutan.

Suria Kencana mendapat tahu bahawa kesaktian Telaga Sabda hanya dapat ditewaskan dengan kalung sakti Pancha Delima yang dimiliki oleh seorang gadis kampung bernama Teratai. Lalu Suria Kencana berusaha mencari Teratai untuk mendapatkan kembali kerajaannya.

Tersebut kisah Teratai 3 beradik tanpa ibu yang tinggal bersama ayah mereka yang sudah tua. Kehidupan mereka miskin tetapi dua lagi kakak Teratai iaitu Anggerik dan Tanjung sering menganiaya Teratai. Suria kencana berjaya membuat helah supaya dapat bertemu dengan Teratai, iaitu dengan cara mematuk ayah Teratai sebagai ular dan menyelamatkannya sebagai manusia. Pertemuan ini seterusnya menimbulkan rasa cinta di antara kedua-dua mereka, tetapi teratai sangat hairan kerana Suria Kencana hanya mahu berjumpa dengannya diwaktu malam sahaja.

Akhirnya Suria Kencana membuka rahsia mengenai sumpahannya sebagai ular di siang hari, lalu membuat pengakuan kepada Teratai akan tujuan sebenarnya mendapatkan Pancha Delima itu bagi menumpaskan kejahatan Permaisuri Cemara Jingga. Teratai Berjanji akan membantunya tetapi perlu pulang ke rumah dulu bagi mengambil rantai Pancha Delima.

Sampai saj di rumah, Teratai yang lurus bendul ini menceritakan semuanya kepada Anggerik dan Tanjung. Malangnya Anggerik dan Tanjung merampas kalung Pancha Delima dan membawa lari ke Istana Permaisuri Cemara Jingga dan menyerahkannya kepada Permaisuri dengan harapan mereka akan mendapat ganjaran. Sebaliknya Permaisuri mengambil kalung itu dan membunuh mereka berdua.

Teratai kembali kepada Suria Kencana dan memberitahu hal tersebut. Suria Kencana dan seluruh pengikutnya berkejar pulang ke Istana kerana bimbang Permaisuri akan memusnahkan Pancha Delima.

Suria Kencana tiba di Istana tepat pada masanya, rancangan Permaisuri untuk memusnahkan kalung Pancha Delima berjaya dipatahkan. Pertempuran berlaku dan akhirnya kalung Pancha Delima berjaya dirampas oleh Teratai dan dengannya Telaga Sabda telah dimusnahkan. Maka berakhirlah kesaktian Permaisuri Cemara Jingga dan Hancurlah dia bersama seluruh pengikutnya.

Suria Kencana membebaskan Ayahandanya dan berjaya memperoleh kembali kerajaannya…

Tammat……

Sedikit Gambar utk tatapan semasa aku menonton teater nih...