Nuffnang Add

Monday, November 15, 2010

Malam Puisi Riong

Last 12/11/2011 Jumaat, saje je lepak2 with few friends kat Laman Santai, Istana Budaya....Ada event Malam Puisi Riong. Datang sane sbb nak amik gambar artis je....tp akibat terlewat aku sempat amik gamba Ana Rafali ke....ade kerugian....hehehehehe...

Teater Bangsawan - Pancha Delima

Date : 12 - 14 November 2010
Time : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Venue : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur

Kisah berlaku di dalam kerajaan Kukila Kencana, Permaisuri Cemara Jingga berkahwin dengan Sultan Kukila Kencana dengan tujuan mahu merampas kerajaan itu serta seluruh kekayaannya. Permaisuri memiliki batu hikmat bernama Telaga Sabda yang boleh menyumpah manusia lain. Jadi Permaisuri menggunakan kesaktian ini untuk menyumpah sesiapa sahaja yang menentangnya termasuklah putera raja itu sendiri iaitu Suria Kencana yang disumpah menjd ular di waktu siang dan malam menjadi manusia. Selepas disumpah, Suria Kencana dan pengikutnya dibuang jauh ke dalam hutan.

Suria Kencana mendapat tahu bahawa kesaktian Telaga Sabda hanya dapat ditewaskan dengan kalung sakti Pancha Delima yang dimiliki oleh seorang gadis kampung bernama Teratai. Lalu Suria Kencana berusaha mencari Teratai untuk mendapatkan kembali kerajaannya.

Tersebut kisah Teratai 3 beradik tanpa ibu yang tinggal bersama ayah mereka yang sudah tua. Kehidupan mereka miskin tetapi dua lagi kakak Teratai iaitu Anggerik dan Tanjung sering menganiaya Teratai. Suria kencana berjaya membuat helah supaya dapat bertemu dengan Teratai, iaitu dengan cara mematuk ayah Teratai sebagai ular dan menyelamatkannya sebagai manusia. Pertemuan ini seterusnya menimbulkan rasa cinta di antara kedua-dua mereka, tetapi teratai sangat hairan kerana Suria Kencana hanya mahu berjumpa dengannya diwaktu malam sahaja.

Akhirnya Suria Kencana membuka rahsia mengenai sumpahannya sebagai ular di siang hari, lalu membuat pengakuan kepada Teratai akan tujuan sebenarnya mendapatkan Pancha Delima itu bagi menumpaskan kejahatan Permaisuri Cemara Jingga. Teratai Berjanji akan membantunya tetapi perlu pulang ke rumah dulu bagi mengambil rantai Pancha Delima.

Sampai saj di rumah, Teratai yang lurus bendul ini menceritakan semuanya kepada Anggerik dan Tanjung. Malangnya Anggerik dan Tanjung merampas kalung Pancha Delima dan membawa lari ke Istana Permaisuri Cemara Jingga dan menyerahkannya kepada Permaisuri dengan harapan mereka akan mendapat ganjaran. Sebaliknya Permaisuri mengambil kalung itu dan membunuh mereka berdua.

Teratai kembali kepada Suria Kencana dan memberitahu hal tersebut. Suria Kencana dan seluruh pengikutnya berkejar pulang ke Istana kerana bimbang Permaisuri akan memusnahkan Pancha Delima.

Suria Kencana tiba di Istana tepat pada masanya, rancangan Permaisuri untuk memusnahkan kalung Pancha Delima berjaya dipatahkan. Pertempuran berlaku dan akhirnya kalung Pancha Delima berjaya dirampas oleh Teratai dan dengannya Telaga Sabda telah dimusnahkan. Maka berakhirlah kesaktian Permaisuri Cemara Jingga dan Hancurlah dia bersama seluruh pengikutnya.

Suria Kencana membebaskan Ayahandanya dan berjaya memperoleh kembali kerajaannya…

Tammat……

Sedikit Gambar utk tatapan semasa aku menonton teater nih...